Potong bahagian tepi roti.Sapukan mentega pada kedua-dua belah roti. Susunkan roti tadi di dalam loyang atau bekas tahan panas . Taburkan kismis di atasnya.Campurkan telur, susu, krim, gula, garam, vanila dan serbuk kayu manis. Pukul sedikit.Tuangkan ke atas roti tadi dan biarkan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Bakar secara kukusan pada suhu 170°C selama 50 minit.Sementara itu buatkan sos, kacau telur kuning, gula dan tepung kastard hingga sebati. Tuangkan susu panas sambil dikacau perlahan-lahan.Panaskan kastard sebentar hingga agak pekat, berhati-hati jangan sampai berbiji-biji.