BAHAN:
500 gm daging
4 batang serai – titik
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar gula Melaka
500 ml santan
5 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
5 cm lengkuas
4 cm kunyit hidup
7 tangkai cili padi
7 tangkai cili kering
CARA:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama dan serai sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan daging.
- Selepas itu masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.