RENDANG PUYUH – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN
4 ekor burung puyuh – belah dua setiap seekor
500 ml santan
3 batang serai – titik
2 helai daun kunyit – hiris halus
½ biji kelapa kerisik
2 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN REMPAH RENDANG
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan halus
½ sudu kecil lada hitam
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit

 

CARA :

Ke semua bahan rempah rendang, dibasuh bersih dan digoreng tanpa minyak sehingga naik baunya. Kemudian ditumbuk atau dikisar. Ketepikan. Puyuh yang sudah dibersihkan di letakkan di dalam kuali.
Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. Sebatikan.
Kemudian masukkan kerisik, diikuti dengan rempah rendang. Kacau rata.
Masukkan serai yang telah diketuk, biarkan ia seketika.
Setelah daging puyuh kecut, barulah masukkan santan dan garam secukupnya. Kacau sehingga rendang kelihatan pekat dan naik minyaknya. Masukkan pula daun kunyit yang telah dihiris halus dan daun limau purut untuk menambah aroma.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan