MIANG KHAM – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
5. TEKNIK BALUTAN : Ambil sehelai daun kaduk yang telah dibersihkan. Bentukkan daun kaduk seperti kon. 6. Masukkan sedikit bahan miang khamseperti kacang tanah, udang kering, cili padi, bawang, halia muda, kelapa parut, limau purut. 7. Akhir sekali, barulah masukkan sos miang kham. Balut dengan kemas. Sedia untuk dinikmati.

BAHAN MIANG KHAM

10 helai daun kaduk

½cawan kacang tanah – sangai

½ cawan udang kering – sangai

15 tangkai cili padi – hiris halus

½ cawan bawang merah – dihiris kecil

4 cm halia muda – hiris nipis memanjang

½ cawan kelapa parut muda – sangai

3 biji limau purut – potong kecil

 

BAHAN SOS

3 helai daun limau purut

300 gm gula kabung

150 gm kerisik

200ml  air asam jawa

Sedikit sos ikan

Sedikit air

Sedikit garam dan serbuk lada hitam

 

BAHAN KISAR

4 ulas bawang merah

6 ulas bawang putih

15 tangkai cili padi

7 tangkai cili merah

5 cm halia muda

2 batang serai

200gm udang kering

1 sudu besar belacan

4 cm lengkuas

 

CARA :

1. Panaskan minyak, tumis ke semua bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan kerisik, gula kabung, daun limau purut.
3. Diikuti dengan air asam jawa dan sos ikan.
4. Kemudian sedikit air, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Kacau sebati dan masak sossehingga kelihatan agak pekat. Ketepikan.
5. TEKNIK BALUTAN : Ambil sehelai daun kaduk yang telah dibersihkan. Bentukkan daun kaduk seperti kon.
6. Masukkan sedikit bahan miang kham seperti kacang tanah, udang kering, cili padi, bawang, halia muda, kelapa parut, limau purut.
7. Akhir sekali, barulah masukkan sos miang kham. Balut dengan kemas. Sedia untuk dinikmati.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan