RENDANG KERBAU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 kg daging kerbau – potong kasar

15 tangkai cili padi – kisar

3 cm kunyit hidup – kisar

4 labu bawang besar – kisar

2 cm halia – kisar

2 cm lengkuas – kisar

10 batang serai – kisar

5 gm lada hitam – kisar

1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

1 kg santan

50 gm kerisik

2 keping asam gelugur

2 helai daun kunyit – hiris rampai

Sedikit gula merah – jika suka

Garam dan gula

Minyak masak untuk menumis

 

CARA

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, bawang besar, halia, serai, lengkuas dan lada hitam sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili padi, kunyit hidup dan daging kerbau. Masak hingga daging empuk.
  3. Kemudian masukkan santan secukupnya dan masak hingga kuah pekat.
  4. Apabila sudah pekat masukkan daun kunyit, kerisik, asam gelugur dan kacau rata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, masak lagi sehingga naik minyak dan hampir kering barulah diangkat.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan