LEMAK JANTUNG PISANG DENGAN UDANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 biji jantung pisang

300 gm udang – bersihkan

4 ulas bawang merah – kisar

1 ulas bawang putih – kisar

10 tangkai cili padi – kisar

1 cm kunyit hidup – kisar

1 kg santan

1 helai daun kunyit – kisar

2 biji buah keras

Garam

 

CARA

  1. Jantung pisang dihiris kecil kemudian rebus dengan asam gelugur dan garam sehingga lembut. Kemudian tuskanairnya.
  2. Kisar bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan buah keras. Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan kacau supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Apabila santan mendidih, bolehlah masukkan udang dan jantung pisangserta daun kunyit.
  4. Akhir sekali masukkan garam. Sebatikan rasa.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan