BAHAN
1 kg tetel daging kambing
1 kg santan pekat
1 labu bawang besar – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
2 cm halia – mayang
1 keping asam gelugur
Rempah 4 sekawan
2 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang – potong 4
Sedikit tepung gandum
Minyak masak untuk menumis
Garam
BAHAN SANGAI
100 gm rempah kari
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu ketumbar
CARA
- Daging kambing, direndam dengan tepung gandum selama 1 jam. Kemudian basuh hingga bersih. Perahkan limau nipis seketika dan basuh semulauntuk hilangkan bau hamis dan tuskan airnya.
- Kisar bahan sangai sehingga lumat. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan berserta bawang dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan bahan sangai, kacau dengan rata beberapa minit dan masukan sedikit air. Tumis seketika supaya rempah betul-betul masak dan terbit minyak.
- Selepas itu, bolehlah masukkan daging kambing. Reneh sehingga daging kambing empuk.
- Kemudian masukkan ubi kentang, santan, daun kari dan terus masak sehingga daging dan kentang empuk.
- Masukkan sedikit air asam jawa, apabila kuah mendidih dan terbit minyak tutupkan api.