Bahan-bahan
200 gram hati lembu atau hati ayam
150 gram kacang panjang
2 inci halia
1 batang serai
½ cawan susu rendah lemak
2 sudu besar rempah daging
½ sudu teh bunga cengkih
2 biji lada merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
Sedikit air asam jawa/ 1 keping asam keeping
Garam secukup rasa
Cara-cara
Potong hati setebal 2cm. Potong kacang panjang dan lada serong.
Gaul rempah daging dengan hati.
Tumbuk atau kisar halus bawang merah, bawang putih, bunga cengkih, halia dan serai.
Tumis bahan kisar dan kacau rata.
Masukkan hati yang telah diperap.
Kemudian, masukkan kacang panjang dan kacau rata.
Masukkan cili potong dan air asam jawa.
Selepas itu, masukkan susu rendah lemak dan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidang.