PUDING MANGGA – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
Hidangkan puding mangga dengan buah campuran dan sos mangga. Hidangkan sejuk.

BAHAN PUDING     

20 gm   serbuk agar-agar

4 cawan air

1 cawan gula

1 cawan tepung kastard – campurkan dengan air & susu

4 cawan air – kacau hingga larut

500 gm mangga

800 ml susu cair

 

BAHAN SOS MANGGA       

500 gm mangga

3 cawan jus mangga

1 cawan jus oren

1 cawan gula

1 ½ sudu besar tepung kastard

1 tin buah campuran

 

CARA       

 

1. PUDING MANGGA : Campurkan agar-agar, gula dan air, panaskan hingga larut. Masukkan bancuhan tepung kastard sambil dikacau. Panaskan hingga mendidih. 2. Kisar mangga bersama susu cair.
3. Masukkan ke dalam kastard tadi, didihkan lagi selama 5 minit sambil dikacau.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan atau bekas hingga 1/3, sejukkan dalam peti ais selama 2 jam.
SOS MANGGA : Kisar mangga bersama jus oren.
Satukan jus mangga, campuran jus oren dan gula, didihkan sebentar. Bancuh kan tepung jagung dengan sedikit air, tuangkan ke dalam sos sambil dikacau.
Masak di atas api perlahan selama 5 minit hingga pekat.
Hidangkan puding mangga dengan buah campuran dan sos mangga. Hidangkan sejuk.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan