Bahan-bahan
4 ekor ikan kembong saiz sederhana
Daun pisang secukupnya
Bahan Perencah
Bahan A
4 biji cili merah
6 biji cili kering
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 biji limau kasturi
Bahan Lain
1 sudu besar kicap manis
10 helai daun limau purut (dihiris halus)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
Sedikit garam
Cara-cara
Bersihkan ikan dan belah bahagian perut.
Tumbuk atau kisar bahan A sehingga halus.
Kemudian, campurkan bahan A bersama kicap, daun limau purut dan daun kunyit yang telah dihiris halus bersama sedikit garam. Gaul sebati dan akhir sekali, perahkan jus limau kasturi.
Alas kuali bersama daun pisang dan tuangkan separuh daripada sambal tadi.
Masukkan sambal ke bahagian perut ikan. Kemudian, letakkan ikan di atas daun pisang dan siramkan lebihan sambal.
Bakar ikan sehingga masak.
Jika menggunakan oven, bakar pada suhu 200°C selama 15 hingga 20 minit.