Bahan-bahan

1 ikat sayur bayam (rendam dahulu untuk mengeluarkan pasir)

1 helai daun kunyit (disimpul)

1 sudu besar ikan bilis (ditumbuk)

2 biji bawang merah (ditumbuk)

Sedikit garam

1 ½ cawan air

 

Cara-cara

Masak air bersama bawang dan ikan bilis sehingga mendidih.

Perlahankan api, masukkan bayam dan daun kunyit. Elakkan memasak sayur terlalu lama.

Tambah sedikit garam.

Sedia untuk dimakan.