BAHAN:
1 ½ kg daging tetel
1 ½ kg santan
2 batang serai – titik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan
Daun kunyit dan minyak secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
5 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar biji -sangai
1 ½ sudu besar jintan putih-sangai
1 ½ sudu besar jintan manis-sangai
5 biji buah keras
CARA:
- Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar, dan serai sehingga terbit minyak.
- Masukkan daging tetel dan gaul sebati. Masak sehingga daging tetel mengeluarkan air.
- Tambahkan santan dan perlahan kan api, reneh sehingga daging tetel empuk.
- Masukkan daun limau purut, garam secukup rasa.