BBQ KAMBING – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

3 keping daging kambing

3 ulas bawang merah-hiris

4 ulas bawang putih  -hiris

2 cm halia  -hiris

½ labu bawang holland – potong dadu

½ biji lemon

Air rebusan daging

150 ml jus epal

3 sudu besar madu

3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos HP

Sedikit cili serbuk keping

Daun bawang

Serbuk ketumbar

Garam secukup rasa

Sedikit daun taim

Sedikit minyak jagung

 

CARA:

1. Sapu rata minyak jagung di atas daging kambing. Kemudian taburkan garam, cili serbuk keping, serbuk ketumbar di atas daging. Perap selama 5 minit.
2. Kemudian goreng daging bersama daun taim untuk mewangikan daging.
3.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan bawang holland hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging dan jus epal. Masak seketika.
4. Kemudian masukkan sos HP, cili serbuk keping, sos tomato dan madu. Perah sedikit lemon.
5. Akhir sekali masukkan daging kambing kedalam kuah dan biarkan seketika hingga masak.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan