LAMB MAHKANI – STEP BY STEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
Sedapnya

BAHAN

250 gm daging kambing

3 ulas bawang putih -hiris

5 ulas bawang merah -hiris

2 cm halia -hiris

½  labu bawang holland – potong dadu

1 cawan yogurt

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar cili serbuk keping

1 sudu besar serbuk cili

5 sudu besar sos spageti

3 sudu besar mentega

6 sudu besar susu cair

1 biji lemon

Daun ketumbar

Gula melaka

½  sudu besar jintan putih

Garam secukup rasa

1 sudu besar serbuk jintan manis

Daun ketumbar

 

CARA:

Tumis bahan hiris termasuk, jintan putih dan bawang holland hingga kekuningan. Masukkan daging kambing dan masak sehingga empuk.
Gaul yogurt tadi campurkan serbuk cili, serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar dan cili serbuk keping. Kacau sebati.
Masukkan dalam daging kambing.
Lepas itu masukkan sos spageti dan susu cair. Rasakan garam.
Bila empuk daging baru masukkan daun ketumbar didalamnya.
Sedapnya

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan