BAHAN:

1 ekor ayam -potong kecil

Garam secukup rasa

Minyak secukupnya

10 batang serai – hiris halus

 

BAHAN KISAR

2 cm halia

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

4 batang serai

1 1/2 sudu besar ketumbar – sangai

1 1/2 sudu besar jintan manis – sangai

3 cm  kunyit

5 biji buah keras

 

CARA:

  1. Satukan bahan kisar dengan ayam. Bubuhkan garam. Perap selama setengah jam.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam hingga kekuningan.
  3. Setelah habis, gorengkan serai  hingga garing.