BAHAN:
1 ekor ayam pencen
2 kg santan
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
1 sudu besar gula Melaka
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm halia
6 cm lengkuas
5 cm kunyit hidup
20 tangkai cili kering
1 ½ sudu besar jintan manis- sangai
1 ½ sudu besar jintan putih- sangai
1 sudu makan ketumbar- sangai
5 biji buah keras
CARA:
- Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam kuali dengan santan.Rendang sehingga kuah pekat.
- Kemudian masukkan ayam, gula Melaka dan asam gelugur. Kacau dan api biarkan kecil.Biarkan ayam empuk.
- Setelah empuk, masukkan garam, kerisik, daun kunyit dan kacau rata.
- Masak hingga kuah agak pekat atau kering.