Masa Penyediaan : 5 minit
Masa Memasak : 1 jam
BAHAN
500 gm daging segar – potong kecil
BAHAN KISAR
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
1 cm lengkuas
5 sudu besar cili kering kisar
1 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
Sedikit garam
BAHAN TABUR
1 helai saun kunyit – racik halus
5 helai daun limau purut – racik halus
CARA
- Satukan ke semua bahan kisar, dan kisar halus.
- Kemudian masukkan bahan kisar di dalam kuali, santan dan daging. Kacau biar mesra serta masukkan sedikit garam.
- Reneh di atas api sederhana, selama 40 minit dan mestilah dikacau dari masa ke semasa hingga pecah minyak.
- Apabila rendang sudah kering, taburkan daun kunyit dan daun limau purut untuk aroma yang lebih harum, tutup api dan sedia dihidangkan.