Masa Penyediaan : 15 minit
Masa Memasak : 30 minit
BAHAN PERAP
1 ekor ayam – potong sederhana besar
3 cm halia
5 ulas bawang putih – kisar
2 sudu kecil serbuk cili
BAHAN A
3 ulas bawang merah – hiris halus
4 ulas bawang putih – hiris halus
1 labu bawang besar – hiris kasar
3 cm halia – hiris
4 biji buah pelaga
2 sudu besar cili kering kisar
2 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari daging
½ cawan sos cili
1 sudu besar pes tomato
½ cawan kismis kuning – kisar
Sedikit minyak masak
Sedikit garam dan gula
CARA
- UNTUK PERAPAN AYAM : Kisar halia dan bawang putih. Masukkan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan serbuk cili dan garam hingga sebati. Masukkan ayam dan perap selama 30 minit.
- Goreng semua ayam hingga masak. Ketepikan.
- Tumiskan hirisan bawang merah, putih halia dan buah pelaga hingga garing.
- Kemudian masukkan serbuk kari, pes tomato, cili giling dan kismis kisar. Masukkan air jika perlu. Gaul sekata dan masak hingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan sedikit garam.
- Masukkan ayam dan gaulkan dengan sos supaya menyaluti ayam.
- Taburkan hirisan bawang besar, gaul lagi. Untuk lebih enak, taburkan daun kari untuk aroma tambahan .Sedia dihidangkan.