BAHAN A
185 gm mentega – sejuk dari peti ais
1/4 cawan gulakastor
4 sudu kecil parutan kulit limau
1 ¼ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
¼ cawan walnut – cincang
Sedikit gula aising
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul mentega dengan gula hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit. Gaulkan rata dan sebati.
- Masukkan parutan kulit limau, uli sebati.
- Terap doh mengikut cita rasa anda. Taburkan walnut cincang, lalu tekan sedikit agar ia melekat.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 180°C selama 15 minit hingga 20 minit.