BAHAN-BAHAN:
2 biji putih telur
2/3 cawan gula kastor
4 sudu kecil tepung jagung
2 cawan kelapa kering
120 gm coklat masakan
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul putih telur dalam bekas yang bersih dan tidak berminyak sehingga pekat dengan laju.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan pekat dan berkilat.
- Perlahan had laju dan masukkan tepung jagung sehingga sebati.
- Sudukan sedikit adunan, lalu gaulkan dengan kelapa kering di dalam adunan putih telur sehingga rata.
- Kemudian bentukkan adunan doh menjadi bebola menggunakan sudu kecil.
- Bakar pada suhu 170°C selama 15 minit hingga 20 minit.
- Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
- Celupkan di bahagian atas kuih kedalam coklat masakan.