BAHAN A
2 1/3 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
2 sudu kecil serbuk koko
1 sudu kecil serbuk rempah
1 sudu kecil serbuk kayu manis
½ sudu kecil serbuk buah pala
BAHAN B
150 gm mentega
¾ cawan golden syrup
2 sudu besar susu segar
BAHAN C
150 gm coklat masakan putih
CARA MENYEDIAKAN:
- Ayakbahan A dimangkuk besar dan buat lubang ditengah. Ketepikan.
- Masak bahan B sehingga mentega cair dibiarkan sehingga sejuk.
- Setelah bahan B sejuk, tuangkan ke dalam bahan A dan gaul sehingga menjadi doh.
- Terapkan doh dengan acuan berbentuk hati dan bakar dalam 15 minit pada suhu 180°C.
- Apabila biskut separuh sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan putih yang telah dicairkan dengan teknik ‘doubleboiler’.