Masa Penyediaan : 5 minit
Masa Memasak : 15 minit
BAHAN SOS YOGURT
1 cawan yogurt asli
5 ulas bawang putih
½ sudu kecil garam masala
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
BAHAN ADANA DAGING
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Sedikit garam
1 biji telur
2 sudu besar serbuk roti
½ sudu kecil lada hitam
3 sudu besar minyak masak
10 batang lidi
BAHAN HIASAN
Salad segar
CARA
- UNTUK MEMBUAT SOS YOGURT : Cincang halus bawang putih, masukkan ke dalam yogurt.
- Masukkan garam masala dan perisakan dengan garam dan gula secukupnya.Sejukkan dalam peti sejuk.
- UNTUK MEMBUAT ADANA DAGING : Satukan daging cincang bersama semua bahan yang lain dan gaul sebati.
- Bentukkan daging menjadi silinder dan cucukkan lidi, kemudian tekan daging menjadi leper. Perapkan selama 1 jam hingga 2 jam sebelum dimasak.
- Panaskan kuali leper atau bara api. Panggang daging selama 7 minit hingga 8 minit.