BAHAN-BAHAN
4 cawan air
1 cawan air asam Jawa
1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula
BAHAN A
5 ulas bawang putih – ketuk
2 sudu besar jintan manis – tumbuk kasar
BAHAN B
1 ulas bawang merah – hiris
6 tangkai cili kering
1 biji tomato – potong baji
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak masak
CARA :
- Panaskan minyak, masukkan bahan A dan tumis hingga wangi.
- Masukkan kesemua bahan B dan kacau hingga semua sebati dan naik bau.
- Masukkan air, air asam jawa dan serbuk lada hitam.
- Tambahkan juga serbuk kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula.
- Renihkan rasam hingga masak dan hidangkan panas dengan nasi.