Bahan 1
3 ekor puyuh – potong kecil
1 sudu besar kunyit hidup – tumbuk
2 sudu besar lengkuas – tumbuk
2 sudu besar cili api
3 batang serai – ketuk
1 keping asam gelugur
1.5 liter air
1 biji nanas – potong kecil
Garam secukup rasa
Bahan 2
2 cawan santan pekat
CARA :
- Dalam periuk masukkan semua bahan 1. Masak atas api sederhana selama 40 minit.
- Masukkan santan dan biarkan mendidih selama 15 minit. Sedia untuk dihidangkan.
TIPS : Kalau nak keluarkan rasa masam manis nanas, bolelah rebus lama sedikit sebelum masukkan puyuh.