Bahan 1
2 cm kunyit hidup – tumbuk
2 sudu besar cili api
2 keping asam gelugur
3 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan 2
2 cawan santan pekat
Bahan 3
3 ekor ikan keli salai –potong 2
1 cawan terung belanda
12 batang terung telunjuk
CARA :
- Dalam periuk, masukkan semua bahan 1 dan masak atas api sederhana selama 15 minit.
- Masukkan bahan 2 pula dan biarkan selama 10 minit.
- Akhir sekali masukkan bahan 3 dan angkat bila dah masak.