Bahan 1
3 ekor puyuh salai – potong kecil
1 sudu kecil blackpepper
Bahan 2
1 sudu besar cili api
1 batang serai – tumbuk
6 biji tomato – hiris atas tampuk tomato. Masukkan dalam air menggelegak. Keluarkan dan masuk dalam air sejuk. Kupas kulit, buang biji dan potong kecil.
1 labu bawang holland
1 ulas bawang putih
1 ikat daun kesum
5 cawan air
3 biji kentang – hiris dan goreng
Garam secukup rasa
CARA :
- Goreng sekejap bahan 1. Ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, goreng serai, masukkan bawang dan goreng hingga layu.
- Masukkan cili, tomato dan air. Masukkan puyuh dan biarkan mendidih selama 30 minit.
- Masukkan kentang. Masukkan daun kesum dan biarkan layu.