Bahan 1
5 ekor ikan keli salai
Bahan 2
10 tangkai cili api – tumbuk
10 tangkai cili merah – tumbuk
10 biji tomato – hiris atas tampuk tomato. Masukkan dalam air menggelegak. Keluarkan dan masuk dalam air sejuk. Kupas kulit, buang biji dan potong kecil.
1 labu bawang holland
1 ulas bawang putih
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Bahan 3
1 cawan air
Cara Menyediakan
- Dalam periuk goreng sekejap ikan keli dalam minyak yang sedikit. Ketepikan.
- Masukkan semua bahan 2 dalam kuali yang sama. Goreng hingga tomato layu dan naik bau yang wangi.
- Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan bahan 3 dan keli. Biarkan masak selama 10 minit dan barulah diangkat