PUTERI MANDI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN DOH
250 gm tepung beras pulut
220 ml air ( lebih kurang secawan)
Sedikit air kapur
Sedikit garam
Pewarna hijau

BAHAN A
1/2 biji kelapa parut
3 helai daun pandan
2 keping gula melaka

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan bahan doh dan uli hingga sebati. Tambahkan air jika perlu. Kemudian bentukannya menjadi bulat dan tekan sedikit supaya menjadi leper .
2. Rebus air hingga mendidih sehingga masukkan adunan bulat dan biarkan ia masak dan terapung. Angkat dan toskan.
3. Campurkan bahan A dalam kuali dan kacau hingga mendidih. Kacau di atas api yang sederhana sehingga menjadi agak kering. Matikan api.
4. Masukkan kuih yang telah ditos tadi dan gaul hingga sebati.

PESAN SAJI: Jika ingin membuat puteri mandi boleh menggunakan tiga warna yang digemari. Bahagikan adunan tepung kepada warna-warna tersebut.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan