APAM PISANG BAKAR

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:
200 gm pisang emas
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil tepung soda bikarbonat
Sedikit esen pisang
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan santan
1/4 cawan air
Secubit garam
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam

BAHAN B
1 sudu kecil mauripan
1/2 sudu kecil gula halus
1/4 cawan air suam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Terlebih dahulu satukan bahan B dan ketepikan.
2. Pisang dilenyek hingga hancur bersama gula halus dan secubit garam. Di dalam bekas bertutup masukkan air, santan, tepung gandum dan tepung soda yang telah di ayak tadi. Gaul rata dan masukkan pisang lenyek. Kacau lagi hingga sebati.
3. Tuang bahan B, tambah esen pisang dan kacau lagi. Tutup bekas dengan penutupnya.. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau hingga kembang.
4. Panaskan kuali. Lenserkan sedikit minyak masak. Tuang satu senduk bancuhan apam. Tutup dengan tudung periuk. Biar hingga permukaan apam berlubang-lubang dan kering. Terbalikkan perlahan-lahan dan masak hingga perang. Angkat dan ulang kaedah hingga habis.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan