BAHAN PULUT
1 kg beras pulut
1 kg santan pekat
Garam dan gula
BAHAN INTI
½ kg ikan selayang – ambil isi
200 ml santan
5 ulas bawang merah – mayang
1 cm halia – mayang
3 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
BAHAN A
1 ikat daun pisang
Lidi – potong runcing
CARA
- PULUT : Beras pulut yang telah dibersihkan dikukus sehingga masak.
- Santan pekat dicampur sedikit garam dan gula. Kacau rata.
- Kemudian gaulkan pulut dengan santan. Sebatikan, biarkan sejuk seketika.
- INTI : Ikan yang telah dibersihkan direbus. Kemudian ambil isi dan kisar sehingga hancur.
- Masukkan isi ikan di dalam periuk, tuangkan santan, halia dan bawang, garam, gula dan halba. Masak sehingga kering. Angkat dan biarkan sejuk.
- Ambil daun pisang, letakkan pulut dan inti. Lipat dan bungkus daun pisang bulat memanjang. Selitkan lidi dihujung bahagian atas dan bawah bungkusan.
- Kemudian susun dalam pemanggang, panggang sehingga garing.