PAUNG GORENG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

250 gm tepung pulut

50 gm tepung gandum

500 ml santan

Sedikit air kapur

 

BAHAN INTI

½ kg ikan selayang

200 ml santan

5 ulas bawang merah

1 cm halia

3 sudu besar gula

½ sudu kecil garam

1 biji kelapaparut

 

CARA

  1. Bancuh adunan A sehingga menjadi doh. Biarkan selama 3 jam. Ketepikan.
  2. INTI : Ikan dibersihkan dan direbus, ambil isinya. Kemudian dikisar sehingga hancur.
  3. Masukkan isi ikan di dalam periuk, tuangkan santan, halia dan bawang, garam, gula, kelapa parut dan halba. Masak sehingga kering. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Ambil doh, uli sebesar biji guli. Tekan ditengah-tengahnya, masukkan inti. Bentukan menjadi bulat kembali. Biarkan semalaman, barulah boleh digoreng.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan