BAHAN
500 gm tepung beras
7 biji telur
BAHAN KUAH LEMAK
5 ekor ikan selayang – ambil isi
2 cawan santan
½ sudu kecil halba
2 cmhalia – mayang
5 ulas bawang merah – mayang
BAHAN KUAH MANIS
2 cawan santan
2 keping gula Melaka
Sedikit tepung gandum
CARA
- BENGKANG : Pecahkan kesemua telur, pukul dan sebatikan antara kuning dan putih.
- Tepung beras dicampurkan dengan satu cawan air sejuk, dan tambahkan telur. Sebatikan adunan.
- Panaskan acuan, sapu minyak. Tuangkan adunan dan bakar dengan api yang perlahan.
- KUAH LEMAK : Masukkan santan dan campurkan ikan kukus yang telah ditumbuk lumat. Kemudian masukkan halba, halia dan bawang merah. Masukkan garam secukup rasa.
- KUAH MANIS : Panaskan santan dan gula Melaka, sehingga cair. Masukkan tepung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah. Sebatikan rasa.
- Hidangkan bengkang bersama kuah lemak dan kuah manis.