BAHAN
1 kg beras pulut
1 kg santan pekat
1 ikat daun tebu
Garam dan gula
Minyak untuk menggoreng
CARA
- Beras pulut yang telah dibersihkan dikukus sehingga masak.
- Santan pekat dicampursedikit garam dan Kacau rata.
- Kemudian gaulkan pulut dengan santan. Sebatikan.
- Ambil sehelai daun tebu, letak pulut di tengah-tengah.Kemudian bungkus bentuk tiga segi.
- Selepas itu kukus sekali lagi sehingga masak. Angkat dan sejukkan.
- Panaskan minyak, goreng ketupat pulut sehingga garing sedikit. Angkat dan hidangkan dengan rendang ayam atau daging.