BAHAN ISI
250 gm tepung pulut
500 ml air
Sedikit garam
BAHAN KUAH
2 liter santan
2 ekor ikan selayang – rebus ambil isi
1 sudu kecil halba
2 cm halia – mayang
2 ulas bawang merah – mayang
3 sudu besar gula
CARA
- Uli bahan isi sehingga menjadi doh dan bentukan bulat (seperti membuat puteri mandi). Kemudian kukus doh selama 20 minit, angkat dan sejukkan.
- KUAH : Satukan ke semua bahan B kecuali ikan di dalam periuk dan masak diatas api yang perlahan.
- Ambil isi ikan, tumbuk lumat. Kemudianmasukkan isi ikan dan doh yang telah dikukus tadi ke dalam santan yang telah siap dimasak. Kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit gula secukup rasa. Hidangkan.