PULUT KACAU BERGAJUS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN :

1 kg beras pulut

500 gm gula merah

100 gm gula pasir

1 liter santan pekat

2 helai daun pandan

50 gm kacang gajus

Sedikit garam

 

CARA

  1. Bersihkan beras pulut, rendam semalaman. Tus dan kukus selama 30minit.
  2. Sementara itu, masak gula merah, daun pandan dan gula pasir bersama 2 cawan air sehingga gulanya larut, kemudian tapis.
  3. Masukkan santan dan garam ke dalam  air gula. Masak sekali lagi sambil kacau sekali-sekala sehingga menjadi agak pekat dan bertali.
  4. Masukkan pulut yang telah dikukus, sedikit demi sedikit sambil gaul rata sehingga air gula kering dan pulut nampak berkilat dan tidak lekat pada senduk.
  5. Masukkan biji gajus dan kacau lagi hingga bercampur dengan pulut. Angkat dan sejukkan.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan