BAHAN A
4 biji telur
2 cawan gula kastor
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan mentega cair
BAHAN B
1¼ cawan serbuk koko
½cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
100 gm kacang pistachio
CARA
- Gris loyang dengan mentega atau minyak. Taburkan dengan tepung. Ketepikan seketika.
- Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang dan pucat. Masukkan gula kastor dan pukul lagi seketika.
- Masukkan pula esen vanila dan mentega cair. Pukul sebentar sahaja.
- Masukkan serbuk koko, tepung gandum dan garam halus. Kaup balik dengan spatula agarsemua bahan bercampur.
- Masukkan kacang pistachio dan kaup balik adunan.
- Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180°C selama lebih kurang 45minit atau sehingga masak.
PESAN SAJI : Jangan putar terlalu lama adunan ketika proses membuat brownies, cukup sekadar bahan bercampur.