BAHAN :
1 ¾ cawan tepung gandum- ayak
1 sudu kecil serbuk penaik – ayak
1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
4 biji telur gred A
2 sudu besar serbuk coklat
1 biji buah oren – parut kulit dan ambil jus
2 titis pewarna oren
Secubit garam
BAHAN KRIM MENTEGA
125 gm mentega
125 gm gula aising – ayak
1 sudu kecil esen vanila
CARA
- Dalam mangkuk adunan, masukkan mentega dan gula. Putar sehingga gula larut. Selepas itu masukkan telur satu demi satu, pukul sehingga campuran bertukar putih dan gebu.
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Gaul rata tepung gandum ikut jam dalam gerakan bulatan.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk coklat, gaul rata.
- Satu bahagian adunan lagi, masukkan parutan oren, jus oren dan beberapa titis pewarna oren. Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci berselang seli antara adunan coklat dan oren hingga selesai.
- Panaskan pengukus, kukus kek selama 1 jam atau sehingga kek masak. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil, untuk mengelakkan air dari menitik diatas adunan.
- KRIM MENTEGA :Putar gula aising, mentega dan esen vanila dengan kelajuan yang tinggi sehingga gebu dan ringan. Setelah kek masak, hiaskan krim mentega mengikut kreativiti anda.