BAHAN
300gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
5 biji telur gred A
250gm gula kastor
1 sudu kecil ovallate
200ml santan kotak
Sedikit pes pandan
BAHAN TOPPING
1/2 cawan krim keju
1/2 cawan mentega tanpa garam
1/2 sudu kecil esen vanila
1 cawan gula aising
CARA
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lengserkan loyang dengan dengan sedikit mentega.
- Satukan telur, gula kastor dan ovallate, pukul sehingga gebu.
- Seterusnya masukkan sedikit demi sedikit, tepung gandum dan serbuk penaik. Kaup balik adunan dengan spatula hingga selesai.
- Kemudian tuang santan kotak, kacau lagi dengan spatula sehingga bercampur dengan adunan.
- Masukkan pes pandan dan kacau hingga sebati. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit.
- TOPPING : Pukul krim keju, mentega dan esen vanila sehingga rata.
- Masukkan gula aising, pukul sehingga gebu dan berkrim. Bolehlah dihiaskan pada kek mengikut kreativiti anda.