NASI DAGING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

4 cawan beras basmathi

500 gm daging

4 cawan air rebusan daging

1 bungkus sup bunjut

1 sudu besar rempah kurma

1 cawan susu cair

½cawan tomato sup (dalam tin)

2 helai daun pandan – simpul

Sedikit kismis, bawang goreng dan kacang gajus – untuk hiasan

Garam

 

BAHAN MENUMIS

4 cm halia – hiris nipis

3 cm kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

Sedikit minyak sapi


AIR ASAM BERKERISIK

BAHAN A– TUMBUK LUMAT

2 tangkai cili merah

10 tangkai cili api

1/2 inci belacan – bakar

 

BAHAN B

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil gula

2 biji tomato – belah dua dan hiris nipis

1 labu bawang besar – belah dua dan hiris nipis

1 sudu besar kerisik

1 tangkai cili merah – hiris bulat nipis

2 biji limau kasturi

2 sudu besar asam jawa + 1 cawan air

 

CARA

  1. NASI : Rendam beras basmathi selama 20 minit, kemudian tuskan. Ketepikan.
  2. Rebus daging hingga empuk bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam. Setelah daging empuk, tuskan. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.
  3. Panaskan minyak sapi, tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi sehingga naik bau.
  4. Masukkan beras dan tumis seketika. Diikuti dengan air rebusan daging ke dalam periuk nasi.
  5. Apabila beras sudah agak kembang, masukkan tomato sup, daun pandan dan susu cair. Kacau seketika. Lalu tanak nasi sehingga masak.
  6. AIR ASAM KERISIK :
  7. Tumbuk semua bahan A hingga lumat. Masukkan cili merah, tomato, bawang besar dan tumbuk lagi sekadar bercampur dengan bahan A tadi.
  8. Kemudian masukkan kerisik ke dalam air asam jawa. Kacau rata.
  9. Akhir sekali, perahkan limau kasturi dan masukkan kulitnya yang sudah dihiris.
  10. Hidangkan nasi daging dengan air asam dan hirisan daging yang telah direbus tadi.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan