BAHAN
1 ekor ayam
1 biji limau nipis – ambil jus
½ cawan santan pekat
2 ½ cawan santan cair
1 sudu besar kerisik
¼ cawan air
BAHAN REMPAH (bancuh dengan ¼ cawan air)
2 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kari daging
BAHAN TUMIS
4 ulas bawang merah – mayang
2 sudu besar bawang putih – cincang
2 sudu besar halia – hiris
2 tangkai daun kari
2 tangkai cili hijau – hiris serong
CARA
- Bersihkan ayam, perap dengan jus limau nipis, 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil serbuk cili. Biarkan seketika. Sementara itu, bancuh bahan rempah dengan ¼ cawan air. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis daun kari bersama bawang putih dan halia, kacau hingga layu. Masukkan bawang merah dan cili hijau. Kacau hingga wangi serta kekuningan.
- Masukkan pularempah yang telah dibancuh. Masak sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam,kacau rata dan biarkan bersalut dengan rempah. Selepas itu, masukkankerisik, santan cair dan garam secukup rasa . Masak sehingga ayam lembut.
- Seterusnya masukkan santan pekat, biarkan ia sehingga masak. Hidangkan dengan nasi minyak atau ketupat pulut.