BAHAN PULUT
2 cawan beras pulut – rendam lebih kurang 3 jam
Pati santan setengah cawan + air – jadikan ¾ cawan
1 helai daun pandan – simpul
Daun pisang – membungkus pulut berinti
BAHAN INTI
1/2 biji kelapa parut putih
1 keping gula melaka
1 helai daun pandan – disimpul
1 sudu kecil tepung beras + 2 sudu besar air masak
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Beras pulut yang direndam, tuskan kemudian dikukus sehingga masak selama 20 minit.
- Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas, gaul dengan santan yang telahdicampur garam, kukus lagi selama 15 minit.
- Cairkan manisan bersama air, sedikit garam dan daun pandan. Masak sampai agaklikat baru dimasukkan kelapa parut. Masak biar serata.
- Bancuhkan tepung beras dengan air lalu dituangkan ke dalam inti yang sedang dimasak untuk tujuan menjadikan inti agak kering dan kental agar tidak bertaburan.
- Sudukan pulut ke atas daun pisang yang dah siap dilayur.
- Kemudian sudukan pula inti di atas pulut. Kemudian bungkuslah pulut seperti bungkus nasi lemak.