BAHAN-BAHAN:
2 kg kaki kambing
10 ulas bawang merah – kisar
5 ulas bawang putih – kisar
3 cm halia – kisar
100 gm rempah kari daging
50 gm serbuk cili
3 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan susu cair
2 cm kayu manis
6 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 biji tomato – belah 4
Daun pandan dan daun kari
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar tadi bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga, daun kari, daun pandan, cili kisar, serbuk cili dan rempah kari. Kacau hingga terbit minyak.
- Masukkan tulang kambing dan biarkan hingga empuk.
- Kemudian masukkan santan, air dan susu cair, kacau sehingga sebati.
- Masukkan tomato dan garam.