BAHAN-BAHAN:
150 gm tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
100 gm gula pasir
100 gm isi cempedak
50 gm inti kacang hijau
200 ml air
240 gm santan pekat
1 ulas bawang merah dihiris
2 cm halia
1 sudu kecil halba
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit air kapur
CARA MENYEDIAKAN:
- Bancuh tepung pulut bersama tepung beras dan air secukupnya hingga menjadi doh.Masukkan pewarna kuning. Masukkan inti kacang hijau.
- Bentukkan doh menjadi bujur seperti biji nangka.
- Didihkan air dan rebus biji nangka tadi hingga timbul dan ketepikan.
- Di dalam periuk yang berlainan masak santan bersama halia, bawang merah,gula pasir, daun pandan,ulas cempedak dan garam secukup rasa.Kacau sentiasa.
- Masukkan biji nangka yang telah direbus tadi dan kacau sebati.
- Biarkan mendidih seketika dan sehingga kuahnya menjadi pekat.
- Sedia untuk dihidangkan sama ada panas atau pun sejuk.