BAHAN-BAHAN:
150 gm biji sagu
1 biji kelapa
200 gm gula pasir
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit pewarna merah
Air secukupnya ( untuk merendam biji sagu)
CARA MENYEDIAKAN:
- Rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam.Apabila sudah kembang masukkan ke dalam periuk bersama sedikit pewarna merah.Kacau sehingga sagu menjadi kembang dan jernih.
- Tuangkan gula dan kacau hingga mesra. Apabila sagu masak angkat dan tuangkan ke dalam bekas.Ratakan dan biarkan sejuk.
- Didihkan santan, masukkan gula pasir, bersama secubit garam dan daun pandan.
- Kacau sentiasa sehingga kuah mendidih dan menjadi pekat.
- Apabila sudah pekat hidangkan bersama sagu yang telah dipotong kecil.