PUDING ROTI EPAL

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN BAHAN

6 keping roti – dipotong tepinya

Mentega secukupnya

180 ml susu segar

100 ml susu pekat

1 1/2 biji telur

1/2 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil esen vanila

1 biji epal |kupas dan hiris nipis

1 1/2 sudu besar gula kastor

1 sudu kecil serbuk kayu manis

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Gaul rata hirisan epal bersama dengan gula kastor dan serbuk kayu manis. Ketepikan seketika.
  2. Sediakan loyang 23cm x 13cm. Sapu roti bersama dengan mentega dan masukkan ke dalam loyang untuk lapisan pertama. Di atasnya, letakkan pula hirisan buah epal tadi. Lapik semula dengan lapisan yang kedua. Buat sehingga habis. Anda akan dapat tiga lapisan roti dan diakhiri dengan lapisan epal.
  3. Di dalam mangkuk lain, masukkan susu segar, susu pekat, telur, tepung gandum dan esen vanila. Kacau sebati.
  4. Curahkan ke dalam loyang berisi roti tadi dan biarkan selama 15-20 minit supaya roti menyerap susu tersebut.
  5. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Bakar selama 30-35 minit. Setelah siap, biarkan sejuk sebelum dihidang.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan