BAHAN BAHAN
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan mentega – cairkan
1 cawan susu segar
1 tin buah pic – asingkan sirapnya
3 sudu besar sirap buah pic
1 sudu kecil serbuk kayu manis
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 190°C.
- Ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan dalam mangkuk adunan bersama gula halus, sirap buah pic dan susu segar. Gaul sebati.
- Seterusnya, masukkan mentega dan gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam loyang 18cm. Kemudian, susun buah pic di atasnya. Taburkan sedikit serbuk kayu manis jika suka.
- Bakar dalam ketuhar selama 45-50 minit. Sejukkan.