BAHAN A – KOMPOT STRAWBERI
1 cawan buah strawberi
2-3 sudu besar gula (ikut citarasa)
2 sudu besar jus lemon
BAHAN B – PANNA COTTA
200 ml krim putar bukan tenusu
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar gula
3 sudu besar sos strawberi – daripada (A)
150 gm yogurt tanpa perasa
7 gm serbuk gelatin
4 sudu besar air panas
CARA MENYEDIAKAN
- Untuk menyediakan kompot strawberi, masukkan semua bahan ke dalam periuk kecil. Gunakan api sederhana dan masak hingga sos strawberi pekat. Kemudian, sejukkan.
- Untuk panna cotta, campurkan serbuk gelatin dan air panas. Biarkan 5 minit sehingga gelatin kembang. Kemudian, gunakan microwave untuk mencairkan gelatin tersebut. Ketepikan seketika.
- Dalam periuk kecil, masukkan krim putar, esen vanila, gula dan sos strawberi. Gunakan api sederhana dan gaul adunan sehingga gula larut. Jangan sampai adunan mendidih.
- Dalam mangkuk adunan, pukul yogurt supaya tidak berketul. Masukkan adunan krim putar tadi ke dalam yogurt dan gaul rata. Masukkan juga gelatin yang dicairkan tadi dan gaul sebati.
- Masukkan adunan ke dalam cawan atau acuan-acuan kecil. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dihidang. Enak dihidang bersama kompot strawberi.