BAHAN BAHAN
55 gm mentega – dicairkan
115 gm gula
1/2 biji parutan kulit lemon
3 sudu besar jus lemon
2 biji kuning telur
2 biji putih telur
55 gm tepung naik sendiri
250 ml susu segar
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 190°C.
- Pukul mentega, gula dan parutan kulit lemon sehingga berkrim. Masukkan pula kuning telur dan tepung naik sendiri kemudian pukul sebati.
- Masukkan susu dan jus lemon. Pukul sebati.
- Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga kental. Kemudian, masukkan ke dalam adunan lemon dan kaup balik sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang 18cm. Kemudian masukkan loyang ini ke dalam loyang yang lebih besar saiznya yang diletakkan air di dalamnya sehingga 1/3 penuh.
- Bakar dalam ketuhar selama 45 minit hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dihidang. Enak dimakan bersama aiskrim vanila.
