BAHAN-BAHAN :
12 biji pisang kapas
250 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
Secubit garam
Sedikit daun pisang – layur
CARA MENYEDIAKAN:
- Lenyekkan pisang terlebih dahulu. Campurkan pisang, tepung gandum, gula dan garam. Kacau sehingga sebati. Tambahkan tepung gandum atau air jika perlu.
- Letakkan dua sudu besar adunan di atas daun pisang.
- Lipat di kedua hujung dan kukus selama lebih kurang 20 minit hingga 30 minit sehingga masak.
