BAHAN INTI

300 gm kelapa parut

120 gm gula merah

100 gm gula pasir

70 ml air

1 sudu kecil garam

 

BAHAN KULIT INTI

300 gm tepung pulut

150 ml air (anggaran)

 

BAHAN SALUTAN

560 gm tepung beras

1.5 liter santan

Sedikit garam

Daun pisang untuk membungkus

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. INTI: Masukkan kelapa parut, gula merah, gula pasir dan garam ke dalam periuk. Kacau rata sehingga larut.Tambahkan air, masak sehingga intipekat. Sejukkan.
  2. KULIT INTI : Uli tepung pulut dan air sehingga sebati dan lembut. Bulatkan sebesar ibu jari.
  3. Kemudian masukkan inti dan bulatkan menjadi bebola kecil.
  4. SALUTAN : Campurkan tepung beras, santan dan garam, masak di atas apiperlahan. Kacau sentiasa agar tepung tidak bergentel. Apabila sudah masak dan santan kelihatan berkilat. Sudukan adunan ini di atas daun pisang.
  5. Aturkan tepung pulut sebanyak dua biji dan lipat daun pisang hingga kemas mengikut kreativiti anda. Kukus selama lebih kurang 10 minit dan sedia dihidangkan.